MAKANAN SIHAT vs MAKANAN RINGAN.

Jujur sebenarnya zaman ini terlalu banyak makanan ringan yang dijual dipasaraya dibungkus cantik dan berwarna warni disusun untuk menarik minat pembeli. 

Maka memang tidak dinafikan, jika Ibu-ibu berbelanja di pasaraya, akan ada 2 atau 3 plastik bewarna-warni makanan ringan mengisi trolley. Yang sebenarnya ibu-ibu kalah dengan rengekan anak-anak yang meminta-minta untuk makanan ringan itu dibeli.

Lagipun faktor harga makanan ringan juga mempengaruhi minda. Bila kita dah berhenti berdiri dihadapan susunan makan ringan, selalunya terbesit difikiran adalah “Alah, belilah satu. Tak mahal pun!”. Tetapi makanan ringan ada natijahnya. Bila dimakan keterlaluan, maka nanti kita akan membayar mahal harga sebuah kesihatan.

Yang pasti, di Rumah Makan Cibiuk, kami menyajikan makanan sihat untuk anda. Ada jus avocado yang dikenali sebagai buah mentega atau alligator pear berpotensi sebagai pencegah kanser,  membantu dalam penghadaman, penyakit jantung dan mengurangkan risiko obesiti.